1. Rasullah s.a.w bersabda: “Aku minta dibukakan pintu syurga, maka bertanyalah penjaganya, “Siapa anda?” Jawabku, “Muhammad”’ lalu dia berkata, “Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukakan (pintu syurga) untuk seseorang pun sebelum anda”. (sahih R.Ahmad & Muslim) 2. Rasullah s.a.w bersabda: “Tanda iman adalah mencintai (para sahabat) Ansar dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar”. (Sahih R.Ahmad, Bukhari & Muslim) 3. Rasullah s.a.w bersabda: “Ada tiga tanda orang munafik: (a) apabila berbicara ia dusta, (b) apabila ia berjanji ia mungkar, (c) apabila dipercayai ia berkhianat”. (shaih R.Bukhari,Muslim & Tirmidzi) 4. Rasullah s.a.w bersabda: “Datanglah ladangmu (isterimu) sebagaimana engkau suka, berilah dia makan apabila engkau makan, berilah pakaian apabila engkau berpakaian, jangan engkau menghinanya atau memukulnya”. (Hasan, R.Abu Dawud) 5. Rasullah s.a.w bersabda: “Datangilah undangan apabila kamu diundang”. (Sahih R.Muslim) 6. Rasullah s.a.w bersabda: “Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaitun, sesungguhnya ia keluar dari kayu yang diberkati”. (Sahih R.Ibnu Majah,Hakim & Baihaqi)


HANTAR CERITA ANDA DI SINI

PEMBACA BUDIMAN... MARI KITA BERKONGSI CERITA. DI SINI DISEDIAKAN SATU RUANGAN UNTUK PEMBACA UNTUK MENGHANTAR APA SAJA DARI CERITA, RESEPI, TIPS HINGGA GAMBAR ANDA. TAPI UNTUK GAMBAR PASTIKAN PIXEL TAK LEBIH DARI 400 WIDTH 200 HEIGHT. TAPISAN DOES APPLY. TERIMA KASIH

The Japanese love fish. The fish must be very fresh to please the Japanese palate. For several decades, the fish stock in Japanese waters was steadily decreasing. So, fishing boats had to go further out to sea to fish. Naturally, it took longer to bring the fish back. The fishermen had to use bigger fishing boats to store more fish in order to make the trips worthwhile. If the return trip took more than a few days, the fish would not be as fresh. So freezers were installed in the fishing boats to enable fishermen to freeze the fish at sea. But the Japanese consumers were picky; they could taste the difference between fresh fish and frozen fish. As a result the market price for frozen fish was lower than that for fresh fish. Fishing companies made less profit from selling frozen fish, and therefore they could not pay fishermen good prices for their catch. Instead of accepting the situation as it was, the fishermen thought of a way to solve the problem. They installed fish tanks in their boats so they could stall freshly-caught fish. To make their trips worthwhile, the fishermen stayed longer at sea to get as many fish as possible into the tanks before they went back to shore. The tanks were so full that there was little room for the fish to swim. So the fish stopped moving during the return trip. They were alive but dull and tired by the time they reached the markets. However the Japanese consumers could still taste the difference between fresh, lively fish and dull fish, resulting in the dull fish fetching a lower price than fresh, lively fish. Again, instead of surrendering to the negative situation, the Japanese fishing companies thought of another way to keep the fish fresh. They told the Japanese fishermen to put a small shark in each tank. The shark would eat a few fish whenever it was hungry. The other fish in the tank would swim hard to escape from the shark. So in the end, the fish would arrive at the markets fresh.

Rabu, 4 Jun 2008

Harga Minyak Petrol Naik dan Naik Lagi

Khabar angin menjadi kenyataan. Walau pahit sekalipun itulah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat malaysia sekarang yang rata-rata hidup dalam kesederhanaan dek kekangan kewangan. Pak Lah pada hari ini telah mengumumkan harga baru petrol dan diesel yang akan digunakan oleh semua golongan rakyat dari pakcik, penoreh getah, penjual kaki lima, kerani, nelayan, penganggur, cikgu, konstabel polis, posmen, kerani pejabat pos, pembantu penguatkuasa majlis daerah dan sesiapa sahaja yang hidup dan tinggal di malaysia. Harga baru mulai 5 jun 2008 ialah RM 2.70 seliter bagi petrol dan RM 2.58 seliter bagi diesel.


Cakap la apa sahaja sama ada kita tidak puas hati, marah atau sedikit sangat yang menyokong kenaikan ini, perkara akan tetap berlaku. Kita rakyat jelata tidak dapat tidak terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang kita pilih ini. Mungkin ada yang ingin berdemonstrasi tetapi ia sukar untuk mengubah keputusan dari ya kepada tidak.


Bagi mengekang kemarahan rakyat, kerajaan mengumumkan pemberian rebet sebanyak RM625 bagi kenderaan 2000 cc kebawah dan RM150 bagi motosikal berkapasiti 250cc ke bawah. Kerajaan sekarang juga telah membuat keputusan tambahan yang baru iaitu bagi setiap liter minyak subsidi diberikan ialah 30 sen. Misalnya sekarang harga minyak pasaran ialah RM3 seliter maka dengan subsidi 30 sen maka rakyat perlu membayar RM 2.70 seliter. Bagaimanapun jika harga pasaran naik kepada RM4 seliter maka rakyat akan membayar RM 3.70 seliter. Begitu juga jika harga minyak global turun.


Bagi aku sudah tentu aku tak setuju kerana aku terpaksa berbelanja lebih. Sekarang bagi setiap bulan aku belanja RM300 untuk petrol. Dengan jumlah itu, aku dapat lebih kurang 156 liter. Inilah jumlah purata aku guna petrol sebulan. Dengan harga baru ini, untuk dapatkan 156 liter ini aku kena belanja RM 421, penambahan sebanyak RM121. Jika harga minyak naik sudah tentu harga barang keperluan naik. Macam sekarang aku habis RM 2100 sebulan atas belanja keperluan. Andaikan dengan kenaikan minyak baru ini, barang keperluan bertambah sebanyak 10 peratus maka aku kena belanja 1.1 x 2100 = RM2310. Aku kena tambah RM 210 + RM 121 = RM 331. Persoalannya mana aku nak cari RM331 setiap bulan. Aku makan gaji, gaji naik setahun sekali sebanyak RM 80. Kalau aku kurangkan belanja atau gubah gaya hidup, dekat mana aku nak kurang atau ubah. Aku akan dapat rebet RM625 setahun. Road tax kereta aku setahun cuma RM 40 lebih. So lepas tolak RM 625-RM40 baki tinggal RM 585 bahagi 12 bulan = RM 48.75 sebulan lebih kurang. Sedangkan kenaikan bulanan aku dijangka RM 331. Aku jarang makan udang galah, makan kat luar. Pakaian aku 4 5 bulan baru aku beli sehelai dua, tu pun harga tak lebih RM30 kerana kekangan duit. Aku tak pernah naik kereta honda atau kereta import yang lain. Yang ada cuma iswara 1.3 aku beli second hand tahun 1999. Jadi mungkin maksud kerajaan ubah gaya hidup ialah dengan aku naik bas saja pergi beli barang keperluan. Makan ikan kembong, seminggu sekali beli ayam. Beli baju jika baju yang ada dah ketat atau rosak. Macam tu kot. Makan sehari dua kali sahaja. Tengahari dan malam. Aku mungkin tak kisah sebab dah dewasa tapi macamana dengan anak aku yang kecil lagi. Kenapa graduan ijazah macam aku ni nasib lebih kurang orang kerja kat estet saja. Dimana kebajikan dan keselesaan yang aku dapat dari kerajaan sebagai graduan.


Pening kepala jugak bila fikir bab duit ni. Mungkin dalam modul Islam Hadhari perlu ditekankan mengenai zuhud bagi banyak sikit. Biar kita pakai baju bertampal2 macam syaidina umar, biar kita makan kurma jarang2 makan benda dimasak atas api macam rasullah. Mungkin dengan cara tu kita tak kisah sangat pasal duit ni. Kita berkorban dan dikorbankan, tapi pemimpin macam mana pulak. Adakah mereka kekal dengan naik kereta mewah isi petrol percuma sahaja. Atau mungkin bolehkah mereka bersama-sama berkorban sedikit kesenangan yang mereka dapat untuk menunjukkan simpati mereka kepada rakyat. Di sini kita boleh nampak makna keikhlasan tu, tak payah tunggu masa kempen pilihanraya. Ikhlas ni tetap nampak umpama semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap pekat. Ia akan tetap kelihatan.


Mungkin kerajaan ada ideanya tersendiri. Harap2 mereka tak lupakan kita.

3 ulasan:

humbleandmodest berkata...

ubah gaya hidup....

krete - basikal

nasi - ubi

pakaian - daun pisang

lain2 - bila difikirkan patut

p/s : kehidpan di mesia pada 2015

hehe...

Tanpa Nama berkata...

menteri patut ubah gaya hidup dulu. sedap2 kat atas rakyat yg derita disuruh ubah gaya hidup

humbleandmodest berkata...

setuju...