1. Rasullah s.a.w bersabda: “Aku minta dibukakan pintu syurga, maka bertanyalah penjaganya, “Siapa anda?” Jawabku, “Muhammad”’ lalu dia berkata, “Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukakan (pintu syurga) untuk seseorang pun sebelum anda”. (sahih R.Ahmad & Muslim) 2. Rasullah s.a.w bersabda: “Tanda iman adalah mencintai (para sahabat) Ansar dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar”. (Sahih R.Ahmad, Bukhari & Muslim) 3. Rasullah s.a.w bersabda: “Ada tiga tanda orang munafik: (a) apabila berbicara ia dusta, (b) apabila ia berjanji ia mungkar, (c) apabila dipercayai ia berkhianat”. (shaih R.Bukhari,Muslim & Tirmidzi) 4. Rasullah s.a.w bersabda: “Datanglah ladangmu (isterimu) sebagaimana engkau suka, berilah dia makan apabila engkau makan, berilah pakaian apabila engkau berpakaian, jangan engkau menghinanya atau memukulnya”. (Hasan, R.Abu Dawud) 5. Rasullah s.a.w bersabda: “Datangilah undangan apabila kamu diundang”. (Sahih R.Muslim) 6. Rasullah s.a.w bersabda: “Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaitun, sesungguhnya ia keluar dari kayu yang diberkati”. (Sahih R.Ibnu Majah,Hakim & Baihaqi)


HANTAR CERITA ANDA DI SINI

PEMBACA BUDIMAN... MARI KITA BERKONGSI CERITA. DI SINI DISEDIAKAN SATU RUANGAN UNTUK PEMBACA UNTUK MENGHANTAR APA SAJA DARI CERITA, RESEPI, TIPS HINGGA GAMBAR ANDA. TAPI UNTUK GAMBAR PASTIKAN PIXEL TAK LEBIH DARI 400 WIDTH 200 HEIGHT. TAPISAN DOES APPLY. TERIMA KASIH

The Japanese love fish. The fish must be very fresh to please the Japanese palate. For several decades, the fish stock in Japanese waters was steadily decreasing. So, fishing boats had to go further out to sea to fish. Naturally, it took longer to bring the fish back. The fishermen had to use bigger fishing boats to store more fish in order to make the trips worthwhile. If the return trip took more than a few days, the fish would not be as fresh. So freezers were installed in the fishing boats to enable fishermen to freeze the fish at sea. But the Japanese consumers were picky; they could taste the difference between fresh fish and frozen fish. As a result the market price for frozen fish was lower than that for fresh fish. Fishing companies made less profit from selling frozen fish, and therefore they could not pay fishermen good prices for their catch. Instead of accepting the situation as it was, the fishermen thought of a way to solve the problem. They installed fish tanks in their boats so they could stall freshly-caught fish. To make their trips worthwhile, the fishermen stayed longer at sea to get as many fish as possible into the tanks before they went back to shore. The tanks were so full that there was little room for the fish to swim. So the fish stopped moving during the return trip. They were alive but dull and tired by the time they reached the markets. However the Japanese consumers could still taste the difference between fresh, lively fish and dull fish, resulting in the dull fish fetching a lower price than fresh, lively fish. Again, instead of surrendering to the negative situation, the Japanese fishing companies thought of another way to keep the fish fresh. They told the Japanese fishermen to put a small shark in each tank. The shark would eat a few fish whenever it was hungry. The other fish in the tank would swim hard to escape from the shark. So in the end, the fish would arrive at the markets fresh.

Ahad, 22 Jun 2008

Lagi payment dari advercash




Syukur dah pun masuk duit dari advercash yang aku request cash out. Ia ambil masa 2 minggu untuk masuk ke alertpay. Sungguhpun sikit tetapi aku happy dgn advercash kerana:

Dorang kotakan janji. Sebagai member, aku diberi privilege untuk payment. Tak la lambat sgt.
Dorang concern dengan masalah referrals yang pasif. So kalau korang beli referrals dan referrals ni tak aktif dalam certain time dorang akan discard refs ini dang anti yang baru. Tapi dengan syarat korang beli insurans utk refs. Tak mahal just USD2.50 lebih kurang MYR 7.50

Harapan aku agar advercash akan terus bertahan dalam persaingan PTC ni.


Withdraw cash from alertpay

Salam sejahtera..Di sini aku nak terangkan cara untuk withdraw money from alertpay. Aku akan cuba bantu sekadar termampu. Lepas kita login kita akan tengok overview akaun kita. Untuk dapatkan cash ke akaun bank kita di malaysia macam aku guna maybank kita perlu convert balance dlm USD ke MYR dulu. Klik transfer utk tujuan ni.

Pastu dekat amount to transfer taip amount kita nak convert. Cth disini aku nak convert USD20


Then klik next


So ikut di sini utk USD 20 kita akan dapat MYR 63.48. Rate ni boleh kita semak dengan klik butang manage di akaun overview. So kalau puas hati dengan rate hari ini dan jumlah yang kita leh dapat kita klik jer button confirm tu. Dah success, then lepas tu baru lah leh kita transfer MYR63.48 tu ke akaun maybank. Kita back ke akaun overview dah lihat hasilnya dulu seperti di bawah.

Then kita klik button withdraw funds. Screen di bawah akan keluar so choose bank transfer.



Kat from balance pilih 63.48 (MYR), kat to bank akaun klik bank yang kita nak transfer masuk. (Bank akaun tu mesti kita add dulu tau dan mesti confirmed. Kalau takdak lagi bank akaun pergi ke MY PROFILE dekat bank, kita add je bank yang reliable untuk proses ni. Macam aku guna maybank dan memang leh dapat duit tu dari alertpay ke maybank. Bank lain tak pasti). Then kita klik amount nak withdraw sama ada MYR63.48 atau sikit je terpulang pada kita. Amount to mesti tak lebih dari amount yang dah kita convert tadi. Detail tu leh tulis apa-apa jer untuk future reference.


Jeng3x… Inilah hasilnya sebelum klik withdraw perhatikan alertpay charge MYR15.00 fee. Nak wat macamana dah guna servis dorang. Aku pernah clear cheque dari advercash, maybank charge RM25 sebulan baru clear. So alertpay ni murah lagi dah ler online senang gitu. Dlm 3 minggu masuk la ke akaun maybank. (Kalau nak untung tunggu ringgit jatuh banyak sikit dari dollar baru kita convert then kita withdraw. Klik button manage untuk tgk rate exchange)
Harap dapat membantu. Tq.

Sabtu, 7 Jun 2008

Elaun Pegawai Kerajaan Dipotong - Di Manakah Keadilan

Khabar angin bertiup kencang hari ini selari dengan tajuk berita depan utusan malaysia. Kerajaan Pak Lah telah mengumumkan 4 langkah untuk kononnya mengurangkan beban rakyat. Antara langkah itu melibatkan pegawai kerajaan.


Aku mendapat sms dari kawan di jabatan audit negara mengatakan elaun pegawai kerajaan yang gaji cukup makan ni akan dipotong supaya wang itu disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

Berita ini kalau menjadi kenyataan akan memedihkan hati semua pegawai kerajaan. Dalam keadaan sebegini kehilangan wang RM50 sebulan pun amat-amat terasa. Walaupun niat itu baik tapi jangan lah dengan memotong elaun pegawai kerajaan. Tapi potonglah gaji dan elaun menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri yang semua bergaji lebih dari RM30 ribu sebulan.

Tolonglah fikir dengan bijak sebelum buat keputusan. Kalau tak pandai minta nasihat orang yang arif lagi pandai.

Jumaat, 6 Jun 2008

FuelSaver2u - Jimat Duit Jimat Minyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;



Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang!Lebih Kilometer, Lebih Jimat RM,Lebih Kuasa Vroom!Lebih PENDAPATAN!! Mau??
Dengan Pembelian Penjimat Minyak RM 50,Anda akan jimat minyak sebanyak RM 322.00danmampu menjana pendapatan Sampingan sehingga RM 23,500.00untuk setiap botol Penjimat Minyak yang anda beli cuma RM50.00!
Untuk maklumat lanjut;

Klik di sini

Demonstrasi Harga Minyak di Jitra

Kenaikan harga minyak menyebabkan rakyat berasa amat terdesak dan membebankan. Demonstrasi menjadi-jadi. Semalam di Bangsar. Tadi di Georgetown. Esok dengan anjuran dewan pemuda pas kubang pasu, satu demonstrasi aman akan diadakan di Jitra. Risalah mengenai perkara tersebut telah mula diedarkan bermula petang tadi kepada orang ramai. Demonstrasi ini bertujuan menunjukkan kepada kerajaan akan ketidakpuasan hati rakyat dengan kenaikan minyak yang begitu mendadak dan terburu-buru. Ini kerana rakyat telah dimomokkan dengan cerita kenaikan harga minyak ini akan bermula pada ogos ini. Selang hanya sehari dia terus menaikkan harga dengan begitu bangga sekali. Tiada perasaan sedih di raut wajah dengan derita rakyat tetapi wajahnya amat selamba dan tenang seolah-olah dia tidak kisah dengan keperitan rakyat.


Ramai yang berasa marah dengan keadaan ini, malah ada kawan yang begitu marah melihat pak lah telah mencampakkan televisyen sewaktu muka pak lah keluar di kaca tv. Dan di tanah merah jitra semalam, t-shirt yang tertulis selamat tinggal umno telah laris dijual. Umumnya boleh dikatakan semua rakyat tidak setuju lagi dengan kerajaan, cuma media utusan, tv3 dan menteri-menteri bodek yang masih mengampu pak lah. Dan dia masih terlena seolah-olah ia masih disukai rakyat.


Ada juga terdengar suara kekesalan kerana mengundi bn pada PRU yang lepas. Mereka berdendam untuk meranapkan umno pada PRU akan datang. Nampaknya kata-kata Dato Seri Sanusi Junid bahawa UMNO akan pupus tahun 2013 mungkin benar-benar berlaku. Hanya lebih kurang 4 tahun dari sekarang.

Khamis, 5 Jun 2008

Matahari Naik dari Barat di Planet Marikh

Aku terbaca sebuah akhbar hari ni tentang berita yang mengejutkan aku. Planet Marikh telah berputar dari barat ke timur. Ini menyebabkan matahari akan naik dari sebelah barat dan turun di sebelah timur. Kemudian aku check laman web tu, memang ya. Ni aku qoute apa yang diaorang kata.


Soon that steady eastward course is going to come to a stop. Actually, for the past few weeks, Mars has appeared to slow in its eastward trajectory, almost seeming to waver, as if it had become uncertain. Finally, on Oct. 1, it will pause and come to a halt.


Then, for the next two months, Mars will reverse its course in the heavens and will move backward against the star background - toward the west - almost as if it had lost something. Then, on Dec. 10, it will pause again, before resuming its normal eastward movement.


Puzzling the ancients


All the planets exhibit this "retrograde motion" at one time or another. But for the longest time, the ancient astronomers were unable to come up with a satisfactory explanation for it.


For one thing, while behaving in this strange manner, Mars will also appear to deviate somewhat from its normal course; the retrograde motion will appear to bring it a little below its regular orbital track. In other words, for those of us watching from Earth, Mars will appear to travel in a loop.

Berita lanjut lawat http://www.space.com/spacewatch/050923_mars_retrograde.html

Rabu, 4 Jun 2008

Harga Minyak Petrol Naik dan Naik Lagi

Khabar angin menjadi kenyataan. Walau pahit sekalipun itulah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat malaysia sekarang yang rata-rata hidup dalam kesederhanaan dek kekangan kewangan. Pak Lah pada hari ini telah mengumumkan harga baru petrol dan diesel yang akan digunakan oleh semua golongan rakyat dari pakcik, penoreh getah, penjual kaki lima, kerani, nelayan, penganggur, cikgu, konstabel polis, posmen, kerani pejabat pos, pembantu penguatkuasa majlis daerah dan sesiapa sahaja yang hidup dan tinggal di malaysia. Harga baru mulai 5 jun 2008 ialah RM 2.70 seliter bagi petrol dan RM 2.58 seliter bagi diesel.


Cakap la apa sahaja sama ada kita tidak puas hati, marah atau sedikit sangat yang menyokong kenaikan ini, perkara akan tetap berlaku. Kita rakyat jelata tidak dapat tidak terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang kita pilih ini. Mungkin ada yang ingin berdemonstrasi tetapi ia sukar untuk mengubah keputusan dari ya kepada tidak.


Bagi mengekang kemarahan rakyat, kerajaan mengumumkan pemberian rebet sebanyak RM625 bagi kenderaan 2000 cc kebawah dan RM150 bagi motosikal berkapasiti 250cc ke bawah. Kerajaan sekarang juga telah membuat keputusan tambahan yang baru iaitu bagi setiap liter minyak subsidi diberikan ialah 30 sen. Misalnya sekarang harga minyak pasaran ialah RM3 seliter maka dengan subsidi 30 sen maka rakyat perlu membayar RM 2.70 seliter. Bagaimanapun jika harga pasaran naik kepada RM4 seliter maka rakyat akan membayar RM 3.70 seliter. Begitu juga jika harga minyak global turun.


Bagi aku sudah tentu aku tak setuju kerana aku terpaksa berbelanja lebih. Sekarang bagi setiap bulan aku belanja RM300 untuk petrol. Dengan jumlah itu, aku dapat lebih kurang 156 liter. Inilah jumlah purata aku guna petrol sebulan. Dengan harga baru ini, untuk dapatkan 156 liter ini aku kena belanja RM 421, penambahan sebanyak RM121. Jika harga minyak naik sudah tentu harga barang keperluan naik. Macam sekarang aku habis RM 2100 sebulan atas belanja keperluan. Andaikan dengan kenaikan minyak baru ini, barang keperluan bertambah sebanyak 10 peratus maka aku kena belanja 1.1 x 2100 = RM2310. Aku kena tambah RM 210 + RM 121 = RM 331. Persoalannya mana aku nak cari RM331 setiap bulan. Aku makan gaji, gaji naik setahun sekali sebanyak RM 80. Kalau aku kurangkan belanja atau gubah gaya hidup, dekat mana aku nak kurang atau ubah. Aku akan dapat rebet RM625 setahun. Road tax kereta aku setahun cuma RM 40 lebih. So lepas tolak RM 625-RM40 baki tinggal RM 585 bahagi 12 bulan = RM 48.75 sebulan lebih kurang. Sedangkan kenaikan bulanan aku dijangka RM 331. Aku jarang makan udang galah, makan kat luar. Pakaian aku 4 5 bulan baru aku beli sehelai dua, tu pun harga tak lebih RM30 kerana kekangan duit. Aku tak pernah naik kereta honda atau kereta import yang lain. Yang ada cuma iswara 1.3 aku beli second hand tahun 1999. Jadi mungkin maksud kerajaan ubah gaya hidup ialah dengan aku naik bas saja pergi beli barang keperluan. Makan ikan kembong, seminggu sekali beli ayam. Beli baju jika baju yang ada dah ketat atau rosak. Macam tu kot. Makan sehari dua kali sahaja. Tengahari dan malam. Aku mungkin tak kisah sebab dah dewasa tapi macamana dengan anak aku yang kecil lagi. Kenapa graduan ijazah macam aku ni nasib lebih kurang orang kerja kat estet saja. Dimana kebajikan dan keselesaan yang aku dapat dari kerajaan sebagai graduan.


Pening kepala jugak bila fikir bab duit ni. Mungkin dalam modul Islam Hadhari perlu ditekankan mengenai zuhud bagi banyak sikit. Biar kita pakai baju bertampal2 macam syaidina umar, biar kita makan kurma jarang2 makan benda dimasak atas api macam rasullah. Mungkin dengan cara tu kita tak kisah sangat pasal duit ni. Kita berkorban dan dikorbankan, tapi pemimpin macam mana pulak. Adakah mereka kekal dengan naik kereta mewah isi petrol percuma sahaja. Atau mungkin bolehkah mereka bersama-sama berkorban sedikit kesenangan yang mereka dapat untuk menunjukkan simpati mereka kepada rakyat. Di sini kita boleh nampak makna keikhlasan tu, tak payah tunggu masa kempen pilihanraya. Ikhlas ni tetap nampak umpama semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap pekat. Ia akan tetap kelihatan.


Mungkin kerajaan ada ideanya tersendiri. Harap2 mereka tak lupakan kita.

Selasa, 3 Jun 2008

Kerja Sambilan - Beta Game Tester dan Dibayar





Adakah anda seorang gamer? Dulu aku minat sangat dengan PC games. Masa kat universiti selain habiskan study, aku khatam macam-macam game dengan kawan-kawan.


Ada banyak kategori games, RPG, adventure, action, dsb. Antara games yang dah habis aku khatam ialah diaboluque, Red Alert, Warcraft, Max Payne, Soldier of Fortune, Counter Strike, Midtown Madness dan sebagainya. Game yang adventure ni berhantu sikit. Lepas satu level ke satu level kita makin desperate nak habiskan. Tu yang ada satu ketika aku makan depan komputer ja. Main dari pagi sampai petang pastu sambung sebelah malam.


Bila dah habis sampai ending kita akan rasa kepuasaan dan bangga seolah-olah kita lah hero dalam game tu yang berjaya habiskan mision.


Sekarang aku dah berhenti dari semua tu. Cuma tinggal kenangan saja.
Sekarang ni kepada gamers yang tengah dok naik sheikh ada satu peluang untuk kauorang. Ada lubang untuk buat duit sambil main game. Tapi bukan game yang korang beli kat pasaran. Biar aku cerita kat bawah.


Kau orang tahu bila kita main game terutama jenis RPG dan adventure ataupun action nie,kita akan selalu akan cari chaet code atau guide cerita. Bila kita guna cheat code game yang ok akan tidak ada masalah. Tapi aku percaya melalui pengalaman aku ada game yang bila kita guna cheat code ia akan hang dan sebagainya. Kita panggil masalah ni bug. Ada macam-macam lagi bug ni.


So sekiranya syarikat game ni invest berjuta dolar untuk satu game tiba-tiba masuk pasaran ada masalah sudah tentu mereka akan rugi besar. Dan kita sebagai pembeli sudah tentu akan bgtau kawan-kawan kita yang game ni ada masalah, sangkut, ada bug. Ini menyebabkan game tu tak laku terus. Sedangkan untuk hasilkan satu game, syarikat ini guna modal yang besar dari research, programming, test, manpower, marketing, production semua la. Dan yang paling penting reputasi diorang la. Sekiranya ada masalah lepas ni syarikat tu punya nama akan terjejas dan sebarang game baru yang depa keluarkan mungkin susah nak jalan.


Jadi untuk itu mereka perlukan gamers untuk running test game baru mereka sekiranya ada bug mereka masih diperingkat awal dan sempat betulkan dulu sebelum keluar ke pasaran. Orang akan tanya kenapa tak guna programmer saja dari guna orang awam macam kita. Ok programmer pun sebenarnya tak akan dapat kesan semua bug. Game ni hanya gamers saja yang tahu masalahnya kerana macam aku kata tadi games jenis adventure atau RPG panjang missionnya. Kadang2 berbelas-belas level. Jadi mungkin bug tu wujud di setengah-setengah mision saja. Pengalaman aku ada terjumpa bila kita guna cheat code memang boleh main game tapi bila kita nak jump contohnya dia akan terus hang dan sebagainya. Aku rasa gamers yang baca ni mesti pernah alami masalah macam ni dan faham. Tambahan pulak kalau progammer leh detect bug sudah tentu tak akan ada game yang ada masalah atau bug sperti yang pernah kita jumpa di pasaran.


So syarikat game yang besar-besar ni perlukan gamers dari merata dunia untuk test game diorang. Diorang peruntukkan sebahagian budget untuk bayar kita bila main game ni. Banyak atau sikit bergantung kepada budget diorang. Selalunya syarikat besar budget diorang besar.


Masalahnya sekarang kalau betul ada macamana nak apply untuk test game ni. Inilah rahsia besar yang dikongsi oleh mamat ni. Selain nak cari syarikat yang nak gamers, kita juga mesti tahu cara nak apply dan sebagainya. Ini tak ada secara umum di internet. Kita kena korek cari, kena tipu dulu, habis berjam-jam sebelum jumpa.
Jadi mamat ni dah lalui semua yang aku sebut dia atas tadi dan dah lalu perit jerih semua tu. So dia sudi nak kongsi rahsia tu dengan gamers diseluruh dunia. Tapi bukan free. Macam aku gak kalau aku dapat la rahsia yang susah nak cari mungkin aku tak bagitau orang. Habis-habis sangat kalau nak bagitau pun tak habis aku bagitau atau aku suruh bayar sikit la. Ni la yang mamat ni buat.


So kalau korang nak main game baru sambil dibayar oleh syarikat-syarikat besar ni daftar dengan mamat ni kemudian bayar servis kat dia. Pastu kauorang tak akan buang masa bila main game baru. Main game duit masuk akaun. Layan........

Harga Minyak Mungkin Naik Lagi



Kerajaan hari ini membayangkan harga minyak akan terpaksa dinaikkan pada bulan Ogos ini kerana bebanan subsidi yang terpaksa ditanggung berlipat kali ganda sekarang. Menurut sumber utusan malaysia, jumlah subsidi keseluruhan (minyak, makanan dll) berjumlah RM58 bilion, iaitu melebihi budget perbelanjaan negara kita.
Harga minyak naik mendadak berikutan masalah pergolakan di negara asia tengah iaitu di tanah arab. Puncanya ialah campur tangan Amerika yang kononnya untuk memerangi keganasan. Kesannya dirasai di semua negara ditambah lagi dengan kejatuhan nilai dolar yang memburukkan lagi keadaan.
Malaysia, negara pengeksport minyak turut merasai tempiasnya walaupun sedang diminimakan sedikit mungkin kesannya berbanding Indonesia dan negara-negara jiran yang lain.
Namun kerajaan seharusnya berhati-hati dalam isu ini kerana kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang lain meningkat berkali ganda. Buktinya ialah harga barang sekarang adalah kesan kenaikan 30 sen yang lalu.
Sebenarnya dalam keadaan sekarang sebarang pemindahan beban ke atas orang ramai perlu dikurangkan. Alternatif memindahkan beban kerajaan kepada orang ramai bukanlah langkah yang bijak. Lihatlah impaknya dalam PRU 12 yang lalu. Ia satu pengajaran yang baik kepada sesiapa yang ingin belajar.
Kerajaan Pak Lah harus sekiranya ingin menaikkan harga minyak memberi detail jumlah subsidi yang ditanggung dalam setiap barang selain minyak, iaitu seperti simen, makanan, dsb. Biar rakyat melihat dan faham sendiri betapa banyak subsidi yang ditanggung kerajaan sekarang dan berapa banyak subsidi yang ditanggung dalam setiap barang tersebut.
Tindakan memaklumkan orang ramai jumlah subsidi secara umum dan meletakkan petrol seolah-olah beban utama subsidi kerajaan kepada rakyat mungkin tidak dapat diterima dan dicerna dengan sefahamnya oleh rakyat sekarang ini kerana kredibiliti kerajaan sekarang telah diragui.
Bukankah lebih baik dimaklmkan juga jumlah subsidi kepada 9 IPP oleh kerajaan yang jumlahnya perlu diketahui rakyat.
Sekiranya kerajaan terus menyembunyikan sesuatu dari rakyat sedangkan rakyat mengetahuinya maka ini amatlah tidak adil dan menjerat kerajaan sendiri.
Semoga negara kita akan aman dan bertambah maju dalam keredhaan Tuhan.

Zarina An Julie Seksi

Zarina An Julie pendatang baru dalam dunia lakonan kecil di Malaysia telah melakukan sesuatu yang memalukan dirinya, keluarganya dan industri hiburan negara kita yang terkenal dengan jolokan negara Islam.

Dalam satu parti di Port Dicskon baru-baru ini dia telah memakai pakaian yang amat menjolok mata. Selalunya pakaian itu hanya dipakai oleh minah-minah saleh atau oleh orang yang telah hilang sifat malunya. Tindakan beliau berpakaian seksi ini banyak menimbulkan kemarahan orang ramai walau apa jua alasannya.

Beliau beranggapan pakaian itu dipakai bertujuan untuk mengambil gambar kenang-kenangan namun adalah amat tidak sesuai dan berdosa jika dikhalayak ramai.


Apapun alasan murahannya tidak dapat diterima oleh akal logik orang ramai. Tindakan beliau ini akan mungkin menyebabkan peluangnya untuk maju dalam industri hiburan semakin mengecil kerana hiburan bermodalkan penonton. Sekiranya penonton benci akan pelakon tersebut maka sudah tentu lakonannya walaupun jika sangat baik (tak mungkin) akan dipandang sepi tambahan dalam masyarakat kita yang terkenal dengan sikap perangai hasad dengki ini.
Sesal dahulu pendapatan....

Isnin, 2 Jun 2008

Watchdirect.tv Saingan Astro

Dunia tanpa sempadan. Baru-baru ini aku melayari satu laman web yang amat menarik. Watchdirect.tv adalah satu laman web yang menyediakan kemudahan memuat turun semua jenis movie, lagu software sehinggalah ke game yang terbaru. Kualiti gambar adalah terbaik di dalam DVD format. Caranya amat mudah iaitu kita pilih sahaja movie atau rancangan tv kesukaan, lagu atau pun game yang kita minati. Selepas itu kita boleh sama ada terus menonton atau memuat turun atau menonton sambil memuat turun filem kegemaran kita. Kemudian dengan watchdirect.tv kita boleh burn filem yang dimuat turun. Oleh itu kita boleh tengok berulang kali tanpa bayaran tambahan pun. Mudah dan murah. Terdapat sehingga 90 juta koleksi filem, lagu, game dan rancangan tv sama box office atau series tv. Oleh itu anda boleh lupakan astro movie kerana hanya dengan sedikit bayaran setahun sekali sahaja anda boleh memuat turun filem yang berlainan lebih banyak dari apa yang anda dapat tonton di astro. Tepuk dada tanya selera.

Ahad, 1 Jun 2008

Income Tambahan Dengan Paid to Click Program

Sebenarnya aku nak berkongsi dengan pembaca pengalaman aku mencari duit atau wang atau menambah pendapatan di internet nie. Banyak gak aku dah buat tapi banyak yang scam atau penipu ja. So dari pengalaman itu yang aku nak kongsi. Ada juga yang benar dan kita boleh menambah pendapatan kita.

Buat masa sekarang aku tengah dok dapat income melalui program ptc atau paid to click ni. Program ni mudah sahaja. Mula-mula kita daftar jadi ahli. Lepas tu kita kena click setiap iklan yang diberi. Satu iklan dalam 30 saat. Selalunya untuk ahli percuma kita dapat iklan sikit ja. Kalau kita daftar jadi member iklan untuk kita click banyak la dan nilai setiap iklan yang kita klik lebih tinggi.

Selepas cukup jumlah minimum untuk payout kita bolehla dapat duit. Minimum payout tak sama antara setiap ptc ni. Ada yang USD10, ada yang USD 15.

So far yang aku masuk empat ptc iaitu Advercash, Bux.to, Clixsense dan Titanclick. Yang dah dapat payment ialah advercash dan bux.to . Clixsense tak cukup minimum payout lagi tapi clixsense memang ramai dah tahu ia ptc yang amat dipercayai. Titanclick pula dah cukup minimum payout tapi aku tak cashout lagi saja nak bagi banyak sikit. Tapi sekarang program ni suspend jap sebab owner dia tengah nak jual kepada new owner. Harganya ialah USD20,000.

Dibawah ni aku tunjuk la bukti payment yang aku terima di akaun Alertpay aku.


Yang ni akaun aku di bux.to. Aku dah request payment yang USD 1980 lebih tu. Kena tunggu 30-45 hari. Harap2 dapat la.


Dan yang ni akaun aku di advercash. Aku baru ja request USD 35.90. Yang angka hijau tu semua dah dapat. First payment melalui check tapi aku nasihat tak yah la. Tunggu dekat sebulan pastu maybank charge RM25 fee. Kalau melalui online alertpay cuma RM15 saja fee dan dalam 3 minggu dah dapat.

So kepada sapa yang berminat nak cari income lebih sikit boleh guna idea aku terutama student-student di universiti. Leh gak buat bayar yuran.