Selepas dengar penerangannya serba sedikit aku mula tertarik dengan bisnes ni. Mungkin aku ni lambat tahu kerana dah lama orang pelihara ikan dalam tangki ni. Tapi macamana pun aku nak juga cuba.
Aku cadang nak pelihara ikan keli. Sekarang tengah kumpul maklumat tetang kos, cara pelihara dan pemasaran.
Setelah aku kira2 secara kasar kena ada RM2 ribu untuk mula secara kecil2an. Aku mungkin boleh cari duit sebanyak tu tapi masalah sekarang aku tak leh nak buat sendiri kerana aku menyewa di kuarters guru. Mana ada ruang, tambah2 tingkat 3 ni. Jadi setelah bincang dengan ayah aku dia setuju la nak tolong jaga ikan aku.
Untung 50-50. Tak pa aku tak kisah lagipun ayah sendiri. Yang penting sekarang aku nak bagi berjaya. Cuma aku nak maklumat lengkap kalau boleh tentang:
1. Kos tangki, kos pam air, kos makanan sehingga hasil, kos anak benih.
2. Jumlah ikan bagi satu tangki berapa boleh muat.
3. Berapa harga tolak ikan keli dalam tangki sekarang ni.
Jadi siap2 yang tahu dan sudi kongsi maklumat bolehlah email atau respon kat blog aku ni.
1 ulasan:
askum.. tahniah kerana saudara berminat dalam perniagaan kerana semangat seperti inilah yang akan memajukan bangsa dan negara.
Untuk pengetahuan saudara, saudara boleh mendapatkan maklumat tentang penternakan ikan ikan keli melalui buku yang bertajuk : Buat Duit Dengan Ikan Keli.
Saudara boleh mendapatkan dengan harga RM 14 di kedai buku atau secara online.
Saudara boleh lawati www.bookcafe.com.my
Catat Ulasan