Beliau sememangnya terkenal dengan tindakan yang berani dan diluar jangkaan kita. Kalau kita renung sejenak semasa pemerintahan beliau banyak tindakan yang diambil dan sesetengahnya dianggap gila oleh orang ramai. Antaranya ialah Proton, lebuhraya, jambatan pulau pinang, menyatukan zon waktu semenanjung dan Sabah serta Sarawak,buy British last, mengutuk Australia sebagai banduan, memecat hakim-hakim besar, UMNO diharamkan, peristiwa Memali, peristiwa Prebet Adam, krisis matawang dan banyak lagi. Akan tetapi tindakan berani beliau ini akhirnya mendatangkan banyak manfaat kepada negara pada jangka panjang.
Mengenai tindakan terbaru ini yang dikatakan mengugut Pak Lah maka adalah sesuatu yang telah biasa dilakukan beliau dari dulu lagi. Cuma aku tak tau apa manfaatnya pada melayu khususnya.
Adakah ini tindakan bijak atau emosi semata-mata. Dendam kerana banyak projeknya dibatalkan Pak Lah dan kerana kelemahan ketara Pak Lah dalam mengurus dan memajukan negara Malaysia membuatkan beliau merasakan Pak Lah perlu dibuangkan segera.
Persoalan ini tidak akan dapat mendapat jawapan yang tepat kerana hanya beliau sahaja yang tahu apa rahsia disebalik tindakan itu.
Apapun aku mengharap melayu ni janganlah berpanjang-panjangan berbalah. Bersatulah kita walaupun kita ni dikatakan bangsa yang mundur. Bersatu Teguh, Bercerai Kita Roboh.
0 ulasan:
Catat Ulasan