Cakap la apa sahaja sama ada kita tidak puas hati, marah atau sedikit sangat yang menyokong kenaikan ini, perkara akan tetap berlaku. Kita rakyat jelata tidak dapat tidak terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang kita pilih ini. Mungkin ada yang ingin berdemonstrasi tetapi ia sukar untuk mengubah keputusan dari ya kepada tidak.
Bagi mengekang kemarahan rakyat, kerajaan mengumumkan pemberian rebet sebanyak RM625 bagi kenderaan 2000 cc kebawah dan RM150 bagi motosikal berkapasiti 250cc ke bawah. Kerajaan sekarang juga telah membuat keputusan tambahan yang baru iaitu bagi setiap liter minyak subsidi diberikan ialah 30 sen. Misalnya sekarang harga minyak pasaran ialah RM3 seliter maka dengan subsidi 30 sen maka rakyat perlu membayar RM 2.70 seliter. Bagaimanapun jika harga pasaran naik kepada RM4 seliter maka rakyat akan membayar RM 3.70 seliter. Begitu juga jika harga minyak global turun.
Bagi aku sudah tentu aku tak setuju kerana aku terpaksa berbelanja lebih. Sekarang bagi setiap bulan aku belanja RM300 untuk petrol. Dengan jumlah itu, aku dapat lebih kurang 156 liter. Inilah jumlah purata aku guna petrol sebulan. Dengan harga baru ini, untuk dapatkan 156 liter ini aku kena belanja RM 421, penambahan sebanyak RM121. Jika harga minyak naik sudah tentu harga barang keperluan naik. Macam sekarang aku habis RM 2100 sebulan atas belanja keperluan. Andaikan dengan kenaikan minyak baru ini, barang keperluan bertambah sebanyak 10 peratus maka aku kena belanja 1.1 x 2100 = RM2310. Aku kena tambah RM 210 + RM 121 = RM 331. Persoalannya mana aku nak cari RM331 setiap bulan. Aku makan gaji, gaji naik setahun sekali sebanyak RM 80. Kalau aku kurangkan belanja atau gubah gaya hidup, dekat mana aku nak kurang atau ubah. Aku akan dapat rebet RM625 setahun. Road tax kereta aku setahun cuma RM 40 lebih. So lepas tolak RM 625-RM40 baki tinggal RM 585 bahagi 12 bulan = RM 48.75 sebulan lebih kurang. Sedangkan kenaikan bulanan aku dijangka RM 331. Aku jarang makan udang galah, makan kat luar. Pakaian aku 4 5 bulan baru aku beli sehelai dua, tu pun harga tak lebih RM30 kerana kekangan duit. Aku tak pernah naik kereta honda atau kereta import yang lain. Yang ada cuma iswara 1.3 aku beli second hand tahun 1999. Jadi mungkin maksud kerajaan ubah gaya hidup ialah dengan aku naik bas saja pergi beli barang keperluan. Makan ikan kembong, seminggu sekali beli ayam. Beli baju jika baju yang ada dah ketat atau rosak. Macam tu kot. Makan sehari dua kali sahaja. Tengahari dan malam. Aku mungkin tak kisah sebab dah dewasa tapi macamana dengan anak aku yang kecil lagi. Kenapa graduan ijazah macam aku ni nasib lebih kurang orang kerja kat estet saja. Dimana kebajikan dan keselesaan yang aku dapat dari kerajaan sebagai graduan.
Pening kepala jugak bila fikir bab duit ni. Mungkin dalam modul Islam Hadhari perlu ditekankan mengenai zuhud bagi banyak sikit. Biar kita pakai baju bertampal2 macam syaidina umar, biar kita makan kurma jarang2 makan benda dimasak atas api macam rasullah. Mungkin dengan cara tu kita tak kisah sangat pasal duit ni. Kita berkorban dan dikorbankan, tapi pemimpin macam mana pulak. Adakah mereka kekal dengan naik kereta mewah isi petrol percuma sahaja. Atau mungkin bolehkah mereka bersama-sama berkorban sedikit kesenangan yang mereka dapat untuk menunjukkan simpati mereka kepada rakyat. Di sini kita boleh nampak makna keikhlasan tu, tak payah tunggu masa kempen pilihanraya. Ikhlas ni tetap nampak umpama semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap pekat. Ia akan tetap kelihatan.
Mungkin kerajaan ada ideanya tersendiri. Harap2 mereka tak lupakan kita.
3 ulasan:
ubah gaya hidup....
krete - basikal
nasi - ubi
pakaian - daun pisang
lain2 - bila difikirkan patut
p/s : kehidpan di mesia pada 2015
hehe...
menteri patut ubah gaya hidup dulu. sedap2 kat atas rakyat yg derita disuruh ubah gaya hidup
setuju...
Catat Ulasan