Kenaikan harga minyak menyebabkan rakyat berasa amat terdesak dan membebankan. Demonstrasi menjadi-jadi. Semalam di Bangsar. Tadi di Georgetown. Esok dengan anjuran dewan pemuda pas kubang pasu, satu demonstrasi aman akan diadakan di Jitra. Risalah mengenai perkara tersebut telah mula diedarkan bermula petang tadi kepada orang ramai. Demonstrasi ini bertujuan menunjukkan kepada kerajaan akan ketidakpuasan hati rakyat dengan kenaikan minyak yang begitu mendadak dan terburu-buru. Ini kerana rakyat telah dimomokkan dengan cerita kenaikan harga minyak ini akan bermula pada ogos ini. Selang hanya sehari dia terus menaikkan harga dengan begitu bangga sekali. Tiada perasaan sedih di raut wajah dengan derita rakyat tetapi wajahnya amat selamba dan tenang seolah-olah dia tidak kisah dengan keperitan rakyat.
Ramai yang berasa marah dengan keadaan ini, malah ada kawan yang begitu marah melihat pak lah telah mencampakkan televisyen sewaktu muka pak lah keluar di kaca tv. Dan di tanah merah jitra semalam, t-shirt yang tertulis selamat tinggal umno telah laris dijual. Umumnya boleh dikatakan semua rakyat tidak setuju lagi dengan kerajaan, cuma media utusan, tv3 dan menteri-menteri bodek yang masih mengampu pak lah. Dan dia masih terlena seolah-olah ia masih disukai rakyat.
Ada juga terdengar suara kekesalan kerana mengundi bn pada PRU yang lepas. Mereka berdendam untuk meranapkan umno pada PRU akan datang. Nampaknya kata-kata Dato Seri Sanusi Junid bahawa UMNO akan pupus tahun 2013 mungkin benar-benar berlaku. Hanya lebih kurang 4 tahun dari sekarang.
1 ulasan:
xpyah la buat demo...
harga da naik bkn nye bley trun blek..
huhu......
terima je.....
kang xpsl2 laen pulak jadinye...
jadi la rakyat malaysia yg berfikiran terbuka even kita xbuley trime perkara yg da belaku tu...
Catat Ulasan