
Kerajaan hari ini membayangkan harga minyak akan terpaksa dinaikkan pada bulan Ogos ini kerana bebanan subsidi yang terpaksa ditanggung berlipat kali ganda sekarang. Menurut sumber utusan malaysia, jumlah subsidi keseluruhan (minyak, makanan dll) berjumlah RM58 bilion, iaitu melebihi budget perbelanjaan negara kita.
Harga minyak naik mendadak berikutan masalah pergolakan di negara asia tengah iaitu di tanah arab. Puncanya ialah campur tangan Amerika yang kononnya untuk memerangi keganasan. Kesannya dirasai di semua negara ditambah lagi dengan kejatuhan nilai dolar yang memburukkan lagi keadaan.
Malaysia, negara pengeksport minyak turut merasai tempiasnya walaupun sedang diminimakan sedikit mungkin kesannya berbanding Indonesia dan negara-negara jiran yang lain.
Namun kerajaan seharusnya berhati-hati dalam isu ini kerana kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang lain meningkat berkali ganda. Buktinya ialah harga barang sekarang adalah kesan kenaikan 30 sen yang lalu.
Sebenarnya dalam keadaan sekarang sebarang pemindahan beban ke atas orang ramai perlu dikurangkan. Alternatif memindahkan beban kerajaan kepada orang ramai bukanlah langkah yang bijak. Lihatlah impaknya dalam PRU 12 yang lalu. Ia satu pengajaran yang baik kepada sesiapa yang ingin belajar.
Kerajaan Pak Lah harus sekiranya ingin menaikkan harga minyak memberi detail jumlah subsidi yang ditanggung dalam setiap barang selain minyak, iaitu seperti simen, makanan, dsb. Biar rakyat melihat dan faham sendiri betapa banyak subsidi yang ditanggung kerajaan sekarang dan berapa banyak subsidi yang ditanggung dalam setiap barang tersebut.
Tindakan memaklumkan orang ramai jumlah subsidi secara umum dan meletakkan petrol seolah-olah beban utama subsidi kerajaan kepada rakyat mungkin tidak dapat diterima dan dicerna dengan sefahamnya oleh rakyat sekarang ini kerana kredibiliti kerajaan sekarang telah diragui.
Bukankah lebih baik dimaklmkan juga jumlah subsidi kepada 9 IPP oleh kerajaan yang jumlahnya perlu diketahui rakyat.
Sekiranya kerajaan terus menyembunyikan sesuatu dari rakyat sedangkan rakyat mengetahuinya maka ini amatlah tidak adil dan menjerat kerajaan sendiri.
Semoga negara kita akan aman dan bertambah maju dalam keredhaan Tuhan.